Sunday, August 5, 2012
Friday, July 20, 2012
Tip2 Gerak Sahur
Time-time
puasa ni msti ada yg susah nak bangun sahur kan, adik? Abang? Akak?
tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial
sekali. Jom cuba tips di bawah ni :
Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang lembut anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan dengan penuh kasih sayang ..sambil panggil nama dia...
3. Renjis-renjis manja air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4.Tampar- tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond…biar dia berpeluh, dia bangun sendiri…
tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang (yerkkk!!)
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
jerit api! api! api!
7.. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit comfirm terjaya…
tapi kalau still tak ada effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! Ok jugak kan…
tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya
Wednesday, July 11, 2012
Monday, July 2, 2012
10 petanda jodoh kita..
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa.
Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui bahawa dia memang ditakdirkan
untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata
untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi
mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang
rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki
ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama,
masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara
satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk kita bersama. Berikut adalah 10 petanda yang
menunjukkan bahawa dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara
dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia
nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang,
kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia
tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita
yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun
kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya.
Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya.
Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila
berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun
kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin
dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang
mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang
penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah
mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah
silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia
menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak
kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama.
Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara
yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu
kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik
kita.
Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting
bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak
daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat
lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan
membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya dan Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi
supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai
rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di
tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya
berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun
kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.
Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi
kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini.
Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama
ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan
perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas
masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua
ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan
semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya
bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada
masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya.
Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.
Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia
selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang
gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga
bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah
sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga
sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui
hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon
yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku
dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang
untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,
dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya,
apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia
tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling
menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan
kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati.
Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat
mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia
juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga
reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan
pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk
kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada
ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi
atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita
melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia
pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia
dengan baik.
Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah
kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
“Manusia hanya mampu merancang. Hanya Allah sahaja yang menentukannya”
Sunday, July 1, 2012
Monday, June 25, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)